Friday, February 8, 2013

ANGPOW CNY 2013

Esok sudah CNY.. Hari ini, showroom masih beroperasi. Tapi setengah hari saja. Bagi peluang salesman/salesgirl  chinese pulang berhari raya. Katanya hari ini hari makan besar bersama-sama keluarga. Yang tak diketahui pula, rupa-rupanya aktiviti makan besar sudah bermula dari hari semalam. Pilih hari apa nak makan besar.
Sebagai admin, aku tumpang gembira, sebab aku pun dapat cuti juga. Rehat 3 hari otak dari fikir pasal hal kereta dan hal salesman. Banyak salesman berbangsa cina di sini. Oleh itu merasa juga aku dapat ang pow.
Itu jadi double keseronokan. Kata salesman tradisi mereka bagi angpow. Nak bagi angpow pada anak-anak mereka, tapi aku tak kahwin lagi (alasan). Jadi tak perlu bagi lah. Hehehe.
Kepada salesman-salesman hyundai, selamat tahun baru cina ( tak salahkan bagi ucapan tahun baru?). Semoga dapat banyak sales lepas balik cuti nanti.
Kepada salesman yang tak sambut CNY pun aku ucapjugalah. Selamat bercuti uolls.


kau ada?.....(from google)